Monday, 31 October 2011

Ngantok lar...Tido dulu yeee






Hari Isnin hari yang agak memenatkan walaupun kat ofis tu tak de keje. Keje sume dah siapkan. Esok bos masuk. Bos baru balik dari holiday la. Dengan malam tadi x boleh tidonye. Lasak jugak si Jiha ni tido. Malam ni x tido sini..

Ketumbit

Adey...ketumbit lak mata ni. Slalu la gak kne ketumbit ni. Tak selesa lor...Maleh betul nak sapu bawang putih kat mata ni. Ok, disini saya sertakan sekali info tentang ketumbit untuk tambah pengetahuan : )

Radang punca ketumbit

Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.

Mitos

Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan, terutamanya jika ia berlaku pada anak yang berjiwa sensitif kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh hati dan rendah diri.
Sebaliknya, terangkan keadaan sebenar mengenai masalah yang berlaku pada mata mereka.
Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata.
Jenis kedua ialah keradangan yang disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion).
Ketumbit tidak berbahaya, tidak kira saiznya besar atau kecil. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.
Kadang kala, seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya.
Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah:
1. Mata berair.
2. Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
3. Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
4. Kelopak mata menjadi merah dan bengkak.

Kalazion

Biasanya ketumbit mengambil masa tiga hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan. Rawatan utama untuk ketumbit ialah pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman. Pembedahan juga hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.
Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata.
Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu.

Rawatan

Ketumbit juga tidak menyebabkan kebutaan! Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata.
Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit. Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme. Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain! Ini kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit. Jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.
Pembedahan kalazion untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga berbeza dan hanya dilakukan jika perlu.
Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun, kanak-kanak akan memerlukan bius am (penuh) untuk menjalani pembedahan ini atas sebab-sebab yang jelas.

* Mata saya ni selalu gatal. Bila gatal tu, tangan pun gatal nak menggaru mata. Baru ingat nak pakai contact lens.Huuuuu *

Baru pukul 9 yea?? Hoho. Ingatkan dah pukul 10. Rasa mcm dah lama je on9

Thursday, 27 October 2011

Siot larr

Anak sapa yang agak kurang sopan yang telah membuang kasut aku tue ke bawah!!! Hampeh tul. Apa salah kasut aku sampai kau nak campak ke bawah. Bukan kasut ak tu halang jalan kau pun. Dengki ar tue...kasut aku lawa. Huh

Lambat arr

Lambat arr rapid pagi ni. Setengah jam tunggu kat bustop tu. Last2 naik gak metro. Nak wat macam mana, da rapid lambat kan...Terpaksa la kan naik metro. Kalau tunggu mesti lambat sampai office nanti.X mau den. Balik tadi cepat gak rapid sampai. Ingatkan dorang cuti. hehe. Mujur la cepat sampai sebelum hujan lebat. Kalo lambat sampai...x tahu la nak tunggu kat mana. sbb hujan lebat kan. Kang jadi macam hari tu. Tunggu time hujan lebat, payung pun rasa nak terbang jer. Nasib baik ada orang lain gak yang tunggu bus. So, x la segan sangat tunggu sorang-sorang kat situ. :)

Tuesday, 25 October 2011

mp3 sudah rosak

dan saya sangat sedih....
x la sedih sgt...kalo x de mp3 saya rasa sangat bosan terutama sekali bila nak tunggu bus time pergi dan balik kerja. Rasa kosong je hari-hari saya. Tak nak dengar kat hp, nanti cepat la habis baterinya. Hp tu digunakan untuk call, mesej kadang-kadang tuk online fb. So, kalo nak dengar lagu baik dengar kat mp3. Da nak kene beli yang lain pulak. Hoooo...

Sediakan apa-apa yang boleh sumbat telinga ni...

CEPAT. Bersedia la pukul 12 tepat...PERANG diantara blok akan bermula.
Cari la apa-apa yang boleh sumbat kat telinga.
Alah...belum pukul 12 pun, dah main mercun. Dah la x dengar azan.
Asal time azan jew...mesti time tu la korang nak main mercun. Terkezut tau time solat

Monday, 24 October 2011

Samsung Tab






Saya NAK Samsung Tab!!! Bila la boleh beli ni..Waaaa...
Nak wat macam mana, ada benda lebih penting yang nak didahulukan ni...

Delete Blog

Hermmm...sebelum ni saya ada blog pastu dah lama x active. Skang baru nak active balik. hehe. Tp kan...macam mana ye nak delete blog yang sebelum ni.

Tak pe la...bila free nanti...belek-belek la lagi blog tu.